"Al-Quran: Meneroka Kejaiban, Mengapresiasi Keindahan"


Pengenalan


Bismillahir Rahmanir Rahim

              Firman Allah s.w.t. di dalam kitab al-Quranul Karim yang bermaksud :

              “Dan Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa al-Quran adalah benar; belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu, dan belum cukupkah (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu”

(Surah Fussilat : 53)

              Al-Quran telah diturunkan sebelum kurun ke-15 kepada nabi yang ummi, Nabi Muhammad s.a.w. Di dalamnya terangkum manhaj dan syariat yang mengandungi berita-berita, pelbagai pengetahuan yang membuktikan kebesaran Pencipta dan kelemahan makhluk. Para ilmuan al-Quran dan saintis Islam bertanggungjawab meneroka dan membahaskan ayat-ayat al-Quran dan kebenaran saintifiknya.

              Atas kesedaran itu, MRSM Gemencheh merasa terpanggil untuk memulakan langkah awal bagi membina generasi saintis muslim profesional yang berkemampuan membentuk budaya fikir dan zikir berteraskan al-Quran dalam kalangan masyarakat Islam akan datang.

             Ihtifal Ulul Albab MRSM Se-Malaysia 2017 kali ke-4 buat kali kedua diadakan di MRSM Gemencheh bertujuan untuk mengumpulkan para pelajar dari seluruh MRSM bersama-sama meneroka keajaiban Al-Quran.

             Ihtifal 2017 ini akan mempertandingkan sebanyak 12 pertandingan yang akan melibatkan lebih ramai pelajar secara langsung mahupun tidak langsung.